Pages

Tuesday, 10 April 2012

Sokongan Padu Keluarga Pulihkan Pesakit Mental

Sedikit info berkenaan artikel untuk dikongsi bersama :)


Sokongan padu keluarga pulihkan pesakit mental

Oleh Rasheffa Abdul Rashid
KEBELAKANGAN ini kerap kali berlaku kejadian membunuh diri atau cubaan membunuh diri di kalangan masyarakat Malaysia akibat tekanan dan kemurungan melampau seperti yang dilaporkan dalam media.
Sehubungan itu, banyak pihak meminta kerajaan supaya mengadakan satu kajian menyeluruh bagi mengenal pasti bilangan rakyat Malaysia yang mengalami masalah tekanan emosi dan mental yang menjadi punca utama perbuatan membunuh diri.
Bagaimanapun, masalah ini bukan hanya dialami rakyat Malaysia, malah dihadapi semua lapisan masyarakat di seluruh dunia baik di United Kingdom, Amerika atau negara lain di Asia.
Perkara ini nyata semakin membimbangkan, tetapi tidak ada individu yang berani tampil ke hadapan berkongsi masalah dengan pakar psikiatrik kerana diselubungi perasaan malu akibat wujudnya stigma masyarakat dan dilabel sebagai orang gila serta wajar dirujuk ke Hospital Bahagia.
Pengerusi Tindakan Isu Kesihatan Mental Kinta (KAMI), Ong Su Ming, berkata masalah emosi yang berlanjutan boleh mengakibatkan seseorang hilang pertimbangan atau mengalami tekanan perasaan dan penyakit mental yang serius jika tidak diberi perhatian awal.
“Seseorang individu atau ahli keluarga mereka takut dan malu untuk memberitahu jika mereka atau mana-mana ahli keluarga mengalami penyakit mental. Ada juga bertanggapan penyakit mental disebabkan `buatan orang’, tetapi sebenarnya seseorang itu menjadi gila akibat masalah koordinasi biokimia pada saraf otak yang boleh dibanteras menerusi pengambilan ubat yang betul,” katanya ketika ditemui di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Beliau berkata, rakyat Malaysia terutama ahli keluarga dan penjaga pesakit mental perlu dibimbing dan dimaklumkan bagaimana untuk menjaga dan menyembuhkan pesakit berkenaan.
Katanya, jika diberikan sokongan dan perhatian pemeliharaan dan pemulihan yang betul seorang pesakit mental boleh sembuh dan kembali bekerja kecuali mengalami jenis penyakit mental serius seperti skizofrenia.
Justeru, beliau bersama 11 ahli lain menubuhkan KAMI pada 2003 yang diusahakan dengan kerjasama Pakar Psikiatrik Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Cheah Yee Chuang serta Bahagian Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia.
Pada majlis itu, Dr Ong Liek Yan dari Hospital bahagian Tanjung Rambutan turut memberi penerangan ringkas kepada orang ramai mengenai masalah dihadapi pesakit mental.
KAMI adalah kumpulan sokongan pesakit mental kedua di Malaysia selepas MINDA di Johor bertujuan mendidik dan membimbing orang ramai berhubung cara penjagaan pesakit mental berorientasi kepada pencegahan dan pemulihan.
Niat murni KAMI adalah untuk membantu penjaga dan ahli keluarga serta mengajar mereka mengamalkan cara dan teknik sokongan terbaik apabila berhadapan dengan pesakit mental menerusi kursus bersiri yang dikendali doktor pakar Hospital Bahagia Ulu Kinta.
Ong berkata, KAMI sehingga kini sudah menganjurkan lapan siri Kursus Pendidikan Keluarga dalam pelbagai bahasa iaitu Mandarin, Inggeris dan Melayu supaya mesej yang disebarkan menerusi kursus itu difahami dengan baik.
Katanya, menerusi kursus itu, peserta diajar untuk memahami penyakit mental, penjagaan diri, pemulihan dan penyembuhan pesakit, menangani krisis, ubat penyakit mental serta hak pesakit mental dan advokasi.
Program itu dipinjam dari National Allience For Mentally Ill (NAMI), kumpulan sokongan dari Amerika Syarikat yang dimulakan oleh dua ibu yang menjaga anak mereka yang mengalami penyakit mental.
Beliau berkata, dengan usaha murni serta pemahaman mendalam penjaga selepas menghadiri kursus itu ramai pesakit yang sudah pulih dan kini boleh menjalani kehidupan seperti orang biasa.
“Kami mahu lebih ramai penjaga dan ahli keluarga tampil ke depan dan mendapatkan bantuan serta tidak malu kerana mempunyai anak atau ahli keluarga yang sakit mental. Anak lelaki saya juga sakit dan mengalami skizofrenia sejak berusia 13 tahun dan kini dia berusia 42 tahun, saya menjaganya sepanjang hidup saya.
“KAMI ditubuhkan dengan hasrat untuk membantu ramai lagi yang senasib dengan saya supaya mereka tahu bagaimana untuk menghadapi masalah ini,” katanya.
Ong berkata, KAMI juga menggalakkan lebih ramai orang awam mengikuti program mudah dan menyeronokkan yang diatur organisasi itu untuk melepaskan geram atau stres harian seperti ‘the drum game’ bagi membantu mengeluarkan tekanan emosi yang sedang dihadapi seseorang.

Pusat Jagaan Berdaftar

Pusat Jagaan Bakti adalah pusat jagaan swasta bagi pesakit-pesakit mental/psikiatri yang berdaftar.



Klik gambar untuk lebih besar


Alamat :
No 55, Laluan Tasik Timur 12, Taman Sri Dermawan, Bercham Ipoh Perak

No Telefon :
012-5459773 / 0111-2473945 ( Pn. Halimaton Mohd Dawi )





Assalamualaikum

Assalamualaikum wbt.

Salam pengenalan daripada pemilik Pusat Jagaan Bakti, Ipoh, Perak.
Alhamdulillah dengan izin Allah dan kesempatan yang ada, blog ini dapat ditubuhkan.

Diharapkan dengan adanya blog ini, pengurusan pusat ini dapat berjalan dengan lancar dan berkembang maju dengan izinNya.

Insyaallah di kesempatan yang ada, info berkenaan Pusat Jagaan Bakti akan disematkan di blog ini sedikit demi sedikit.

Salam Ukhwah :)

Rozita Ahmad & Halimaton Mohamad Dawi